Thursday, September 16, 2010

Pemakaian Pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA)


Pakaian kita semasa di sekolahan rendah dan menengah telah ditentukan iaitu ‘uniform’ sekolah kita. Kebebasan berpakaian menjadi kelebihan yang memberi manfaat kepada pelajar apabila melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi (IPT). Melalui gaya pemakaian pelajar, kita boleh mengagak jurusan mereka. Sebagai contoh,  pelajar dalam bidang teknologi dan banyak membabitkan kerja lapangan cenderung berpakaian selekeh. Bagi pelajar aliran seni dan social seperti komunikasi massa, muzik dan seni bina, mereka dikatakan sebagai kelompok yang paling ‘trendy’ dan ‘darling’ penampilannya dengan pakaian serta aksesori berwarna warni dan mengikut aliran fesyen terkini. Manakala pelajar dalam bidang pendidikan, perakaunan, perubatan, pengurusan dan pengajian Islam, pakaian mereka lebih berjenis formal.
Walaupun pelajar-pelajar diberi kebebasan dalam berpakain, mereka masih wajib mematuhi tatacara berpakaian dan penampilan diri ditetapkan di university masing-masing iaitu secara umumnya perlu berpakaian kemas dan sopan ketika menghadiri atau berada di dewan kuliah, dewan peperiksaan, pejabat atay majlis rasmi.
Contoh baik yang boleh diambil daripada IPTA ialah Universiti Teknologi Malaysia. Pada hari Isnin, hari ini dinamakan ‘Smart Day’ kerana pelajar diwajibkan berpakaian sopan dan kemas. Pelajar perempuan diwajibkam berbaju kebangsaan sementara lelaki memakai kemeja, seluar slack dan bertali leher.
Di samping itu, saya juga ingin menekankan pakaian pelajar Universiti Utara Malaysia kerana UUM adalah salah satu IPTA yang mewajibkan setiap pelajar berpakaian formal pada waktu kerja iaitu pada masa pukul 8pagi hingga pukul 5petang. Selepas waktu ini, pelajar yang menghadiri kuliah juga perlu berpakaian semi formal iaitu seluar slack dan baju-t berkolar.
Selain daripada UUM dan UMT, mari juga kita melihat kod etika pemakaian IPTA yang lain seperti Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Bagi kod etika pemakaian pelajar UKM, lelaki dikehendaki memakai seluar panjang dengan berbaju kemeja atau berbaju-t berkolar, berkasut jenis biasa atau bersepatu (bukan selipar). Bagi perempuan, mereka dikehendaki berpakaian kemas yang sesuai serta tidak menjolok mata, ketat dan jarang, jika memakai kain atau skirt, hendaklah labuh sehingga di bawah paras lutut, berkasut jenis biasa atau bersepatu.
Kod etika pemakaian bagi pelajar UPM, mereka dikehendaki memakai seluar panjang dan seluar jeans adalah tidak dibenarkan. Baju mereka juga mesti berkolar. Mahasiswa tidak boleh berpakaian Baju T yang tidak berkolar dan mana-mana baju yang tidak berlengan.
Walaupun kod etika pemakaian setiap IPTA telah ditetapkan, tetapi masih mendapati pelajar tempatan dan antarabangsa melanggar peraturan kod etika pemakaian. Mereka berpakaian terlalu ringkas iaitu berseluar pendek dan ketat, memakai baju kemeja-t berkolar bulat dan berselipar apabila menghadiri kuliah atau membuat urusan di pejabat. Untuk menangani pelajar yang melanggar peraturan, mereka akan diambil tindakan atau diberi hukuman seperti amaran, denda dan digantung pengajian.Penguatkuasakan terhadap pelajar IPTA yang melanggar etika pemakaian perlulah dilaksanakan kuatkuasakan agar kredibiliti IPTA terjamin di mata masyarakat.
Langkah universiti menetapkan etika berpakaian bukan bermaksud menyekat kebebasan mahasiswa sebaliknya membiasakan mereka dengan tabiat berpakaian mengikut kesesuaian profesion. Sebagai seorang pelajar di IPTA, kita perlu memberi imej yang baik kepada orang lain untuk menunjukkan kita adalah berdisiplin. Kod etika pemakaian diwujudkan untuk memberi pelajar sebagai satu persediaan kepada mereka sebelum memasuki alam pekerjaan.

 Contoh IPTA :



2 comments: