Wednesday, September 15, 2010

Pemakaian Kaum Cina


Sejarah kehadiran kaum Cina bermula dengan berkembangnya Melaka sebagi pusat perdagangan. Kebanyakan mereka ialah keturunan pendatang dari China yang tiba di Malaysia sekitar abad ke-15 hingga pertengahan abad ke-20. Kehadiran mereka bukan sahaja telah membawa bersama barangan dagangan untuk tukaran, tetapi juga adat resam, budaya dan corak pakaian tradisional mereka yang kemudiannya disesuaikan dengan suasana tempatan.
Pada masa dahulu, pemakaian tradisional dan konservatisme sering dipakai oleh kaum cina. Misalnya, sepanjang musim perayaan seperti Tahun Baru Cina, pakaian yang melebihkan warna merah dipilih untuk memakai kerana dipercayai warna merah akan menakutkan roh jahat dan nasib malang. Contoh- contoh pakaian tradisional adalah Cheongsam, Jubah Labuh dan Samfoo yang bermakna “baju and seluar” dalam dialek kantonis. Busana klasik Cina yang asalnya adalah berlapis-lapis, sarat dengan sulaman benang emas dan sutera. Kebanyakannya masih dihasilkan dari negeri China menggunakan fabrik sutera dan broked yang berwarna terang dengan ragamhias benang emas dan perak. Tambahan pula, dipercayai orang yang memakai baju baru dari kepala hingga kaki pula melambangkan permulaan baru pada tahun baru dan kaum cina juga dilarangkan untuk memakai pakaian yang berwarna hitam sepanjang menyambut Tahun Baru Cina, hal ini dipercayai akan mendatangkan kecelakaan terhadap orang tersebut.


Namun, pada abad ke-21 yang moden ini, pelbagai pilihan pakaian yang berfesyen terdapat di pasaran sehingga mereka telah mengabaikan pakaian tradisional mereka. Misalnya, sumber pakaian boleh didapatkan di hampir setiap buah kompleks membeli- belah, yang kebanyakannya terdiri daripada kedai- kedai menjual pakaian. Mereka tidak akan mengambil kira tentang harga pakaian dan pandangan orang ramai tentang cara pemakaian mereka, asalkan pakaian tersebut adalah berfesyen dan moden.
 Pelbagai jenama berkenaan dengan pakaian telah diciptakan, contohnya, “ Padani”, “Seed”, “Mango” dan sebagainya. Kebanyakan pakaian yang paling diminati oleh golongan ini adalah “ t-shirt” dan “ jeans”. Pakaian Jenama- jenama tersebut dianggap dapat menunjukkan ketinggian status mereka. Masyarakat cina pada zaman ini tidak lagi mementingkan warna pakaian mereka, walaupun pada musim perayaan, terutamanya golongan muda. Mereka lebih suka membeli pakaian- pakaian yang berwarna hitam dan putih yang membawa makna kesedihan. Pada pandangan golongan ini, pakaian yang berwarna hitam dan putih lebih bergaya berbanding dengan warna merah yang dianggapkan kolot. Perkara ini telah menunjukkan mereka tidak lagi mementingkan pakaian tradisional.

Selain daripada di atas, pemakaian dalam majlis perkahwinan kaum cina juga amat diutamakan. Masyarakat Cina pada waktu silam akan memakai pakaian pengantin yang diperbuat daripada kain sutera dan disulam dengan benang emas. Biasanya, potret sepasang naga dan burung phoenix akan disulamkan ke atasnya.

Malah, pakaian pengantin mestilah berwarna merah yang membawa tuah kepada pasangan tersebut. Setiap pakaian juga akan dihias dengan pelbagai aksesori. Pasangan pengantin adalah dilarang daripada memakai baju hitam, biru dan kelabu kerana dipercayai warna-warna tersebut melambangkan kematian dan kesedihan pada masa pengembumian. Sebaliknya, pada zaman ini, pakaian pengantin adalah kebanyakan bewarna putih atau kuning. Corak pemakaiannya adalah lebih menuju ke arah budaya Barat. Pada pandangan orang Barat, warna putih membawa makna kesucian, manakala bagi kaum cina dahulu, warna putih adalah bermaksud kematian. Mereka tidak lagi kisah warna pakaian pengantin tersebut.

Pada zaman itu, pemakaian dalam upacara kematian juga amat dititikberatkan. Lazimnya pada hari tersebut, ahli keluarga si mati akan memakai baju berwarna hitam. Warna lain tidak digalakkan, apatah lagi warna merah yang dikatakan mempersenda Allahyarham dan keluarganya. Baju yang berbunga juga dilarang dalam upacara kematian tersebut. Pakaian ahli keluarga Allahyarham adalah seperti jubah hitam yang lengkap dengan topi. Kemudian mereka akan memakai baju jejaring yang diperbuat daripada jut atau sabut. Baju ini dipakai di bahagian luar baju hitam. Walau bagaimanapun, bagi Allahyarham yang berusia 90 ke atas, seluruh ahli keluarganya perlu perlu memakai baju yang berwarna merah. Seterusnya, masa tradisional berkabung orang tua adalah tiga tahun, berpakaian hitam dalam tempoh setahun. Dalam amalan tersebut mungkin berpakaian putih, biru atau hijau selama tiga bulan berturut- turut. Pakaian yang berwarna cerah juga tidak digalakkan dalam upacara tersebut. Tradisi ini masih dikekalkan sehingga hari ini, hal ini dipercayai dapat memberi kehormatan kepada Allahyarham.
Kesimpulannya, corak pemakaian tradisional yang tersendiri merupakan lambang kepada setiap kaum. Betapa pun, berlaku perubahan yang besar dalam corak pemakaian setiap kaum, tetapi golongan masyarakat dinasihati supaya tidak mengabaikan corak pemakaiannya yang tradisional.

2 comments: