Thursday, September 16, 2010

Pemakaian Pelajar Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS)



Dalam sistem pendidikan tinggi Malaysia, pelajar-pelajar sekolah menengah boleh meneruskan pembelajaran mereka dengan memasuki IPTA (Institusi Pengajaran Tinggi Awam) atau IPTS (Institusi Pengajaran Tinggi Swasta). Bagi pelajar-pelajar yang berasal daripada keluarga yang sederhana dan miskin, IPTA memang adalah pilihan utama bagi mereka. Manakala pelajar yang berasal daripada keluarga kaya, IPTA tidak semestinya adalah pilihan utama mereka. Sekiranya kita membandingkan kos pembelajaran dan kos hidup pelajar IPTA dengan IPTS, IPTA adalah begitu sikit dan murah sebab sebahagian besar kos ini telah ditanggung oleh pihak kerajaan kita. Majoriti pelajar yang berasal daripada keluarga kaya akan pilih IPTS kerana peraturan-peraturan tidak akan banyak dan begitu ketat berbanding dengan IPTA. Tambahan pula, kehidupan di IPTS agak bebas dan gaya hidup adalah lebih seronok dan menarik.
Kebanyakan mahasiswa dan mahasiswi IPTS bersikap ‘ranggi’ dan cenderung kepada berpakaian dengan lebih fesyen. Ini disebabkan kemampuan perbelanjaan adalah lebih tinggi banding dengan mahasiswa dan mahasiswi IPTA. Dalam kampus IPTS susah kita dapat melihat pelajar yang berpakaian formal menghadir ke dewan kuliah, manakala mereka akan menghadir ke dewan kuliah dengan berpakaian yang berlainan daripada pakaian orang lain sama ada dari segi warna, fesyen atau potongan yang menarik perhatian pelajar lain. Stail pemakaian berperanan membentukan identiti dan imej sendiri di  anggapan orang lain, maka pakaian yang diperagakan oleh seseorang pelajat boleh menunjukan identiti mereka yang tertentu sama ada di kalangan rakan yang tertentu ataupun dalam masyarakat umum. Seperti Azizi Abdullah dalam buku “Gaya Hidup Ranggi” menyatakan manusia sudah mula meletakkan etika pemakaian yang tidak betul untuk dijadikan asas keperluan kehidupan.
 
Pelbagai gaya dapat dilihat di kalangan pelajar universiti, trend pemakaian ini dapat dikelaskan dengan pelajar universiti yang kursus-kursus berbeza. Pelajar aliran seni dan sosial seperti muzik, seni bina, drama dan komunikasi massa adalah golongan mahasiswa paling ‘trendy’ dan ‘daring’ penampilannya dengan pakaian serta aksesori berwarna warni dan mengikut aliran fesyen terkini. Fesyen ini mempunyai beberapa variasi yang biasanya berbeza dari segi corak, warna, jenis potongan dan juga jenama. Mahasiswan dan mahasiswi bidang teknologi dan banyak berkaitan dengan kerja, sebagai contoh: teknologi maklumat, kejuruteraan dan ukur tanah akan berpakaian dengan lebih kasual. Manakala palajar yang membabit dengan jurusan pendidikan, perakaunan, perubatan, pengurusan dan pengajian Islam akan berpakaian formal, ini disebabkan bidang-bidang tersebut perlukan memberikan  keyakinan dan kemas kepada semua lapisan masyarakat dan juga membiasakan mereka dengan tabiat berpakaian mengikut kesesuaian profesion. 
Walau bagaimanapun pelajar-pelajar tidak gemar dan tak rela, tetapi masih perlulah mereka berpakaian kemas dan formal pada masa tertentu. Sebagai contoh pada hari pembentangan, pada masa ini pelajar kena berpakaian sopan dan kemas untuk membentangkan hasil kerja sendiri di hadapan dewan kuliah ataupun bilik pensyarah. Ini adalah salah satu penetapan yang baik terhadap pelajar kerana melalui cara ini dapatlah mereka membiasakan diri-sendiri dengan berpakaian formal, sebab pada sesi temu duga juga perlulah kita berpakaian demikian. Mahasiswa dan mahasiswi patutlah anggapkan ini peluang untuk mendisplinkan sendiri dalam pemakaian.  
Konklusinya, pemakaian mahasiswa dan mahasiswi IPTS dipengaruhi oleh masyakat masa kini dan gaya hidup. Dengan teknologi hari ini, pelajar-pelajar adalah senang menyentuk dengan kebudayaan barat. Mereka tidak akan menimbangkan bahawa mengikut trend fesyen adalah berbaloi atau tidak, tetapi ini adalah memerlukan kos perbenlajaan bagi semua ini. Punca kewangan mereka adalah berasal daripada keluarga dan mereka tidak akan berkisah selagi mereka belum mula berkerja dan sertai masyarakat yang realistik ini.  

1 comment: